Recent Comments

Q

Program Hari Kantin

Program Hari kantin merupakan program tahunan SK Sri Kelewek dengan adanya jualan dan pameran oleh pihak sekolah. Jualan kupon kepada guru, murid-murid dan pihak luar.

Seloka Bersahut

Program Seloka Bersahut anjuran RTM Kelantan telah mengadakan rakaman untuk Radio FM Kelantan di SK Sri Kelewek. Para pemantun terdiri daripada kakitangan dan guru SKSK serta dari DJ Radio.

Kempen Anti Dadah Peringkat Sekolah

Program Anjuran PPDa sekolah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Tanah Merah.

Gotong Royong Peringkat Sekolah

Sempena gotong royong peringkat negara.

Watikah Perlantikan Pengawas

Program watikah perlantikan pengawas telah diadakan pada 02 Januari 2012. Peserta yang terlibat adalah Pengawas, Ketua Darjah dan penolong Ketua darjah, Pengawas pusat Sumber dan Pengawas SPBT.

Sabtu, 22 Mei 2010

SELOKA BERSAHUT BERSAMA RTM KELANTAN

Program PIBG SK Sri Kelewek telah mengadakan satu Majlis Seloka Bersahut antara Radio Kelantan FM pada hari Jumaat pukul 3.30 ptg bertempat di Dewan Ibnu Sina SK Sri Kelewek. Lihat gambar2 di bawah.


Unit Penyiaran Luar Radio sedang memasang peralatan untuk rakaman Seloka Bersahut sambil di perhatikan oleh Pn. Dyg. Saniah selaku setiausaha Program.


Banner Majlis Seloka Bersahut


Abe Awe(Salam Pantai Timur) sedang menggendalikan acara tersebut sambil memperkenalkan para pemantun.


Sebelah kiri Abe Rahim (CC), Cgu Siti Rohana (Cikgu Joh 1) dan Pn Noshaswati.


Dari Kiri DJ Kak Ngah, DJ Azura dan DJ Fareez.

Pameran dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK)

Ustaz Hashim sedang mendengar penerangan dari Pegawai AADK.


PK Pentadbiran sedang menyiapkan borang kaji selidik dari pihak KPDNKK semasa pameran tersebut,

Rabu, 19 Mei 2010

Hari Kantin 2010

Hari kantin 2010 telah diadakan pada hari Khamis, 20/5/2010bertempat di perkarangan SKSK. Pelbagai gerai dan jualan disediakan pada hari tersebut. Kepada semua yang membeli kupon dan datang ke Hari Kantin tersebut, Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak jutaan terima kasih. Tahun  depan, InsyaAllah bertemu kembali. Lihat foto2 dibawah yang diambil oleh cgu kama.


Sabtu, 15 Mei 2010

Sabtu Gotong Royong Perdana

SK Sri Kelewek, 15 Mei 2010 telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana peringkat kebangsaan. Program itu sempena daripada surat pekeliling dari Kementerian, supaya setiap sekolah wajib mengadakan gotong royong peringkat sekolah. Jadi inisiatif ini telah diambil oleh pihak sekolah pada hari cuti Sabtu akan diadakan program gotong royong tgersebut. Semua murid kecuali Tahun 1 & 2 wajib hadir untuk bersama-sama dengan guru-guru bagi membantu dalam menjayakan gotong royong tersebut. Murid-murid diminta membawa peralatan yang sesuai pada hari tersebut. Kumpulan-kumpulan tertentu akan diagih-agihkan pada hari tersebut. Lihat  foto2 di bawah yang diambil oleh cgu Kama..