Recent Comments

Q

Program Hari Kantin

Program Hari kantin merupakan program tahunan SK Sri Kelewek dengan adanya jualan dan pameran oleh pihak sekolah. Jualan kupon kepada guru, murid-murid dan pihak luar.

Seloka Bersahut

Program Seloka Bersahut anjuran RTM Kelantan telah mengadakan rakaman untuk Radio FM Kelantan di SK Sri Kelewek. Para pemantun terdiri daripada kakitangan dan guru SKSK serta dari DJ Radio.

Kempen Anti Dadah Peringkat Sekolah

Program Anjuran PPDa sekolah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Tanah Merah.

Gotong Royong Peringkat Sekolah

Sempena gotong royong peringkat negara.

Watikah Perlantikan Pengawas

Program watikah perlantikan pengawas telah diadakan pada 02 Januari 2012. Peserta yang terlibat adalah Pengawas, Ketua Darjah dan penolong Ketua darjah, Pengawas pusat Sumber dan Pengawas SPBT.

Rabu, 30 Jun 2010

Muat Turun


Sekarang anda berada di halaman Muat Turun (DownLoad).
Anda bolehlah men"download" bahan-bahan atau sumber yang terdapat di halaman ini dengan mengklik arahan yang telah ditunjukkan. Jika sekiranya anda tidak dapat mendownload bahan sila email kepada kami. Sebarang masalah kami akan perbaiki. Sekian terima kasih, kerana menyokong kami.

Bahan untuk guru (Sila Klik Pada Tulisan di Bawah)

Selasa, 29 Jun 2010

Mutiara Kata


Katakanlah (wahai muhammad) jika bapa bapa kamu , dan anak anak kamu dan saudara saudara kamu dan isteri isteri kamu (atau suami suami kamu)dan keluarga keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan kamu yang kamu bimbang akan merosot dan rumah rumah tempat tinggal yang kamu sukai , Jika (semuanya itu) menjadi perkara perkara yang kamu cintai lebih dari allah dan rasulnya dan (daripada) berjihad untuk agamanya, maka tunggulah sehingga allah mendatangkan keputusannya(azab siksanya) kerana allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang orang yang fasik (derhaka).
Surah at taubah ayat 24.

"Jika kita menjaga hak2 ALLAH,
Nescaya ALLAH akan menjaga hak kita"

Jika kita ingat pada ALLAH sewaktu senang,
Nescaya ALLAH akan ingat pada kita sewaktu kita susah"

Jika kita ingat pada ALLAH sewaktu kita sihat"
Nescaya ALLAH akan ingat pada kita sewaktu kita sakit"



 

Isnin, 28 Jun 2010

Carta Organisasi 2012

Hjh, Kamariah bt Abdullah
Guru Besar SK Sri Kelewek
Hjh. Suraiyah bt Mohammad
PK Pentadbiran

Rabu, 23 Jun 2010

Staff




Abdul Rahim b Abu



Pn. Che Rosnah Che Hamid




Pn. Che Hasni Che Hassan



Pn, Razilah




Pn, Raizah



En. Mat Dom





              

Jumaat, 18 Jun 2010

Senarai Guru

Hjh, Kamariah bt Abdullah
Guru Besar SK Sri Kelewek
Hjh. Suraiyah bt Mohammad
PK Pentadbiran

Tema Hari Guru Malaysia

2011 GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

2010 Guru Pembina Negara Bangsa

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara




Rabu, 9 Jun 2010

Kedudukan SK Sri Kelewek di Google Map

Kedudukan SK Sri Kelewek di kordinat X=102.1078 Y=5.81285
Klik pada imej untuk melihat paparan yang lebih besar.



 
Klik pada imej untuk melihat paparan yang lebih besar.

 
Klik pada imej untuk melihat paparan yang lebih besar.

Klik pada imej untuk melihat paparan yang lebih besar.

Klik pada imej untuk melihat paparan yang lebih besar.

SK SRI KELEWEK terletak di kawasan luar bandar di dalam Daerah Tanah Merah, Kelantan. Ia terdiri daripada beberapa buah kampung yang berdekatan seperti Kg. Kelewek, Kg. Bechah Tok Kamal, Kg. Padang Lalang dan Kg. Repoh Jagong. Kampung-kampung yang berdekatan lagi ialah Manal 1, 2 dan 3. Jarak dari sekolah ke pusat bandar lebih kurang 6 km sahaja. Sekolah rendah yang terdekat ialah SK Bechah laut dengan jarak 5 km. Sekolah menengah yang terdekat pula ialah SMK Tanah Merah 1 dengan jaraknya lebih kurang 4 km. Manakala jarak sekolah ke PPD Tanah Merah pula ialah lebih kurang 5 km sahaja.
Guru-guru yang mengajar di sekolah ini rata-ratanya terdiri daripada guru yang tinggal di Daerah Tanah Merah. Ada juga yang jauh seperti dari daerah Kota Bharu dan Bachok. Tetapi mereka ini ada yang menyewa di Tanah Merah dan kawasan sekitarnya.
Sekolah-sekolah yang berada dalam zon TQE 1 ialah SK Bechah Laut, SK Bukit Gading, SK Sri Suria 1, SK Sri Suria 3, SK Alor Pasir serta SK Sri Kelewek. 

Jumaat, 4 Jun 2010

Cuti Pertengahan Penggal 1


Pada hari ini Jumaat bersamaan 4 Jun 2010, sekolah-sekolah Ketogori A semuanya mula bercuti. Bagi anda yang bercadang atau berura-ura hendak pergi melancong, makan angin atau buat apa-apa pn bolehlah. Asalkan mendatangkan faedah untuk kelurga dan anak-anak. Begitu juga bagi pelajar2 semua, jadikan cuti ini suatu tempat untuk mengulangkaji pelajaran. Tetapi jangan kita lupa kepada rakan guru-guru yang mengajar kelas tambahan pada masa cuti ni.. Mereka ini harus di beri pujian dan terima kasih kerana sanggup menggadaikan masa cuti mereka untuk kepentingan anak2 didik kita semua. Justeru itu juga, kita haruslah sama2 memberikan semangat dan dorongan kepada mereka untuk meneruskan perjuangan demi anak bangsa 1 Malaysia ini.

Sejarah Sekolah

Sekolah SK Sri Kelewek diasaskan oleh Zakaria b Mat Amin pada tahun 1958. Bangunan yang pada mulanya hanya beratapkan rumbia, berdindingkan buluh dan berlantaikan tanah. Keramaian murid ketika itu 42 orang.

Tidak lama kemudian terpaksa ditutup kerana dibina tanpa kebenaran kerajaan. Tahun 1960, setelah mendapat kebenaran, dibina pula dengan modal RM 500.00. Tahun 1961 didaftarkan sebagai Sekolah Rakyat Kelewek. Guru Besar ketika itu ialah Cikgu Abas bin Muda dan Cikgu Abdullah b. Awang Besar sebagai Guru Penolong.

Malang tidak berbau, sekolah telah dilanda ribut dan sebahagian bangunannya telah roboh. Usaha mencari derma dijalankan. Dengan modal RM 700.00,bangunan baru berjaya didirikan. Bilangan murid telah meningkat seramai 60 orang. Pada bulan Mei 1968, sekolah ini telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, bangunan telah diperbesarkan. Tn. Hj. Ismail bin Awang dilantik sebagai Guru Besar.

Pada tahun 1975, di atas sebidang tanah seluas 3.28 hektar di Kg. Bukit Payung, Kelewek terbinalah sebuah bangunan baru dua tingkat dan 6 bilik darjah dan dinamakan SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KELEWEK dengan nombor pendaftarannya DBA 5309. Pada tahun 1986, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM 50,000.00 untuk membina bangunan 4 bilik darjah secara gotong royong. Dengan penjimatan kos melalui projek yang diselenggarakan secara gotong-royong, pihak sekolah tidak hanya dapat menyiapkan 5 bilik darjah, sebuah musalla juga dapat didirikan.

Pada tahun 1989, sekolah mendapat peruntukan RM 50,000.00 untuk bangunan tambahan 4 bilik darjah. Sekolah telah mengubahsuai bilik darjah untuk dijadikan sebagai Pusat Sumber Sekolah, lengkap dengan bilik tayangan, perpustakaan, bilik alat bantu mengajar dan bilik muzik. Pada tahun 1992, sekolah mendapat peruntukan RM 10,000.00 untuk membina bangunan PraSekolah bagi menampung murid seramai 25 orang.